Kelas STEM/IOT & E-learning

15 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

14 Februari 2024, Rabu – Sempena cuti sekolah, kelas STEM/IOT Microbit telah diadakan untuk memperkenalkan kepada para pelajar mengenai Microsoft MakeCode menggunakan laman web https://makecode.microbit.org. Microsoft MakeCode adalah sebuah IDE (Integrated Development Environment) dan software aplikasi programmer. Kelas dimulakan dengan pelajar diperkenalkan mengenai Microsoft MakeCode dan seterusnya mempelajari cara asas menggunakan block coding untuk menghasilkan projek Microbit seperti Flashing Heart, Smiley Button dan Name Tag.

Seterusnya kelas diteruskan dengan aktiviti e-learning menggunakan website Wordwall bertajuk Vocabulary. Kelas STEM/IOT diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dan kelas e-learning diadakan pada jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas